Thursday, April 29, 2010

"Laputa"


Tersebut sebuah kisah yang pernah diceritakan turun temurun dari mulut ke mulut, dari anak sampaila ke cicit. Pada zaman dahulu telah berlaku satu banjir besar, masa itu air naik lebih tinggi daripada semua gunung yang terdapat di permukaan bumi ini. Maka banjir itu telah memusnahkan segalanya yang ada di permukaan. Ini mengakibatkn permukaan bumi ini menjadi satu lautan yang luas dan tidak lagi mempunyai daratan.

Di dalam cerita ini tersebutlah akan sebuah lagenda daratan yang terapung- apung di atas awan. Al-kisah ini bermula bila bumi ini sudah tidak lagi berada dalam aturan yang sempurna. Tarikan graviti dunia ini sudah berubah dan semakin susah dijelaskan oleh teori sains dan matematik. Semasa bencana besar itu berlaku terdapat beberapa buah daratan yang masih wujud dan kini terapung- apung di atas awan. Dalam cerita ini rupanya masih ada manusia dan hidupan lain yang terselamat di atas pulau- pulau itu. Kini mereka hidup dengan dunia yang baru yang masih lagi penuh misteri dan mistik yang perlu diselesaikan.

Mungkin ini hanya sebuah dongeng di tempat ku, tapi cerita ini juga dikongsi bersama oleh Jonathan Swift yang telah menulis sebuah buku bertajuk “Gulliver's Travels”. Buku ini menceritakan sebuah kerajaan yang terbina diatas sebuah daratan di atas awan. Penduduknya terdiri dari para bijak pandai dalam pelbagai bidang, tapi sayang mereka semua hanyalah hamba dan tidak mampu menyebarkan ilmu- ilmu itu. Menurut buku ini pulau ajaib ini bernama “Laputa”.

Wednesday, April 21, 2010

I like being on my own.

A cut video from movie "500 Days of Summer."

Thursday, February 25, 2010

Anger....Marah.


Anger. Marah. Ia bukanlah sesuatu yang seronok kn? Sangat menyusahkn kita, seluruh badan rasa tegang, berpeluh, bertindak balas dalam “survival mode” dan marah juga mengkaburi penilaian kita disebabkan respon terhadap emosi kita yang terganggu pada masa tu. Ya, kita semua pernah berada di tahap ini. Kadang-kadang kita terasa sangat benci terhadap seseorang tu dan bila kemarahan kita mula reda , kita hairan kenapa kita bole jadi sampai macam tu sekali? Sedangkan dia seorang kawan baik kita, adik beradik kita ataupun orang yang paling rapat dengan kita. Kenapa ya?

Jawapannya: sangat mudah. Biar saya terangkan.

Emosi adalah badan kita yang senantiasa memberi respon dan tindak balas setiap apa juga yang kita fikirkan, dan ini banyak dipengaruhi oleh situasi luaran yang kita hadapi setiap hari. Tapi situasi ini selalunya dilihat dari sudut pandangan interpretasi kita. Penglihatan kita selalunya akan diwarnai oleh konsep mental secara uniknya mengikut individu itu masing-masing, contohnya seperti kepercayaan atau pemahaman kita terhadap konsep baik dan jahat, konsep aku dan kau, suka dan tidak suka, betul dan salah. Perlu diingati bahawa setiap orang ada pandangan masing-masing dalam hal ni dan ia selalunya adalah tidak tetap dan sukar diramal.

Contohnya, kita rasa sedikit emosi sedih atau terkilan bila melihat seseorang yang kehilangan beg duit. Tapi bila ia terjadi pada kita, kita tiba- tiba sahaja akan rasa sakit dan sedih sangat-sangat.

Tindak balas ini bila kita di label pada sesuatu yang “kita punya”(mine), kita akan lalui pengalaman kehilangan dan betapa kita selama ini terlalu berhati-hati melindunginya. Tak kiralah ia adalah sekadar beg duit saya, duit saya, maruah saya, kereta saya, kerjaya saya, anak saya, perasaan saya ataupun sekadar kucing saya, selagi kita rasa ia hilang atau diambil orang lain, selagi itulah kita akan rasa sakit dalam bentuk marah ataupun apa jua bentuk emosi negatif yang lain.

Kita rasai pengalaman sakit dan marah ni kerana kita telah dilatih semenjak kecil lagi, bahawa kita mesti percaya apa jua “kepunyaan saya”(mine), sesuatu yang menunjukkan siapa kita. Kita hadapi masalah sukar untuk menerima kehilangannya, seperti kita kehilangan diri kita sendiri. Disini ego kita hanyalah untuk menjelaskan “siapa kita?”.Ini sangat menyakitkan ego kita.

Dalam fikiran kita, kita selalu mahukan sesuatu yang lebih, samaada mahu lebih banyak duit, lebih dihormati, kerja yang lebih baik atau rumah yang lebih besar. Dalam mencari kelebihan tu kita gagal melihat bahawa kita tidak pernah berhenti mahukan kelebihan. Walaupun sukar untuk kita terima bahawa kita berada dalam tahap yang terlalu tamak, dan sifat ini sentiasa akan membesar dalam hidup kita, mnyebabkan kita buta untuk melihat realiti dan ia selalunya mempengaruhi kita bahawa apa yang kita lakukan ini adalah munasabah dan betul.

Disini saya berikan contoh-contoh intipati sifat marah yang selalunya terjadi pada semua orang:

Rasa:

Ketidakadilan- Kita percaya yang kita telah dilayan secara tidak adil. Kita rasa kita sepatutnya perolehi lebih dan bila kita terlibat dalam situasi ni seseorang telah buatkan kita rasa sebaliknya.

Kehilangan- Kita rasa kita kehilangan sesuatu yang kita kenal pasti sebagai perasaan kita, kebanggaan kita, seperti duit, kereta, kerjaya, kekasih.

Tidak bersalah- Kita salahkan orang lain atau keadaan yang menyebabkan kehilangan atau ketidakadilan yang berlaku. Sifat selalu menunding jari ini selalunya hanyalah datang dari tanggapan kita sendiri, ia merupakan satu produk dari imaginasi kita. Kita gagal melihat dari sudut pemikiran dan tanggapan orang lain dan ini menyebabkan kita jadi terlalu pentingkan diri sendiri.

Sakit/ Susah- Kita pernah lalui pengalaman sakit, susah, tertekan dan murung. Kesakitan ini memberi respon fizikal terhadab badan kita yang akn menganggu kitaran tenaga positif dan kewarasan kita sebagai manusia.

Fokus- Kita fokus pada benda yang kita tidak kehendaki dan selalu berikan tenaga padanya dengan sentiasa mengeluh. Contohnya bila kita bencikan rokok tidak perlulah kita anti pada rokok. Perasaan anti atau emosi yang dihasilkan menyebabkn kita fokus pada benda yang kita tidak suka. Ini secara tidak langsung mencetuskan emosi marah terhadap semua orang yang merokok kerana kita menganggap bahawa anti rokok atau penghapusan rokok itu adalah perjuangan kita.

Apa yang menarik disini apabila ada dua orang yang sedang marah terhadap satu sama lain, kedua-duanya merasa kehilangan, ketidak adilan, kesakitan dan perlukan seseorang untuk disalahkan. Jadi siapakah antara mereka yang betul dan siapa kah yang salah? Jawapannya: dua-dua mereka betul dan kedua-dua mereka salah.

Kenapa kita perlu elakkan tercetusnya perasaan marah?

Emosi negatif seperti marah ini membuatkan kita berada dalam survival mode, ia seperti bekata terhadap tubuh kita bahawa kita berada dalam bahaya. Ini secara psikologi memberi peluang kepada tubuh kita untuk besedia berlawan atau lari dari musuh. Tindak balas fizikal ini menggangu kitaran tenaga dalam badan kita, ia turut memberi kesan terhadap jantung, sistem imunisasi, peghadaman dan juga penghasilan hormon. Emosi negatif adalah toxic kepada badan kita yang mampu memepengaruhi keseimbangan dan fungsi hormon.

Untuk jangka masa yang lama marah, tertekan dan dendam akan memudaratkan fungsi adrenal dan sistem imunisasi kita. Untuk wanita, tekanan terhadap adrenal boleh memepengaruhi pengunaan organ seperti uterus dan ovaries, ini menyebabkan organ tersebut berada dalam fungsi yang tidak normal dan boleh menyebabkan masalah mendapatkan anak.

Sekarang tanyalah pada diri sendiri,bukankah kesihatan fizikal dan mental itu lebih penting dan berharga dari tekanan mental yang anda pilih sendiri secara sukarela itu? Adakah berbaloi untuk kita bertindak di luar kewarasan dan menyakiti perasaan semata-mata untuk kepuasan dan keangkuhan(pride) kita yang sementara?

Marah juga akan mengkaburi penilaian dan keputusan kita, kita menggunakan masalah dan kesakitan semasa melihat dan menilai dalam keadaan marah.Pada masa ini kita cenderung membuat keputusan yang tidak rasional, tidak munasabah dan keputusan dalam penyesalan dan kesakitan. Ini sering berlaku dalam hubungan perkahwinan yang mampu menyebabkan penceraian, secara kita tidak sedar akhirnya kedua-dua belah pihak dalam keadaan sedih dan murung. Keputusannya: Tiada siapa yang menang.

Cara Untuk Berubah.^_^

Adakah kita sedar berapa tempoh yang diambil untuk kita jadi marah? Separuh saat, mungkin. Dalam masa yang sepantas itu kita patut kembali kepada keadaan sedar untuk tidak mencetuskan emosi ini. Masalahnya disini kita tidak berada dalam kondisi sedar ini semenjak kita kecil lagi, jadi ia tetap dalam keadaan tidak terkawal. Tiada siapa pernah mengajar kita untuk ubah haluan emosi ke arah positif. Apa yang saya maksudkan ialah pendidikan untuk mengawal emosi. Kebanyakan keluarga kita juga tidak tahu bagaimana dan tetap tidak tahu bagaimana.

Bila perasaan negatif ini datang, kita ada dua pilihan,

1. Mengikut bentuk yang seperti selalunya semenjak kita kecil, bertindak balas dan membenarkan perasaaan negatif ini menggunakan kita.

2. Atau, mengabaikan bentuk dan kondisi yang sepatutnya kita ikut, dan membentuk laluan neutral baru yang membenarkan kebarangkalian.

Ada 3 cara untuk mengabaikan sifat semulajadi ini:

a. Visual- ubah tanggapan anda

b. Verbal- ubah bahasa anda

c. Kinesthetic- ubah posisi fizikal anda

15 Cara untuk menghadapi “Marah ^_^

1. Ubah pandangan

Cara yang paling pantas untuk mengubah perasaan negatif ialah dengan mengubah posisi fizikal kita. Cara yang paling mudah ialah dengan mengubah pandangan mata kita. Bila kita berada dalam keadaan negatif, kita selalunya tngok ke bawah dan kali ini kita tiba-tiba tngok ke atas, ini akan menggangu bentuk negatif dari terus berada di hati dan pemikiran kita. Lagi satu bila kita melihat seseorg yang kita benci atau juga yang kita sayang melakukan sesuatu yang kita tidak suka,kita akan merenung tajam ke arah mereka, ini hanya akan menyebabkn kita kita semakin jatuh ke arah negatif emosi yang mungkin lebih menyusahkn kita. Contohnya akan menyebabkan pergaduhah di khalayak ramai. Jadi apa yang perlu kita buat ialah, alihkn saja mata ke tempat lain, mungkin apa yang kita lihat bukanlah seperti yang kita sangka.

Disini saya ada beberapa cara fizikal untuk menganggu keadaan anda:

· Berdiri dan gerakkn badan anda dgn sedikit suara(seolah-olah anda lenguh)

· Senyum dan ubah ekspresi muka anda

· Berjalan ke arah tingkap dan lihat keluar

· Buat lompatan rendah 10 kali

· Menari dengan cara yang boleh mengembirakan anda (bila anda berada di rumah)

· Urut bahu dan leher anda dengan satu tangan sambil menyanyi sesuatu yang riang.

Cubalah bila anda rasa anda berada dalam keadaan negatif ataupun sesuatu yang menganggu fikiran anda datang...

2. “Apa yang anda mahu?”

Duduk dan tulis(senaraikan) semua apa juga yang anda mahu untuk masa terdekat ini. Kerja anda ialah menghasilkan keputusannya seperti yang anda mahu. Buat(tulis) dengan jelas, realistik dan adil. Buat dengan terperinci dengan diskripsi anda termasuk tarikh bila anda mahu melihat keputusannya.

Setelah anda selesaikan semua senarai ini, dan bila anda rasa seperti menuju ke arah tanggapan yang negatif yang anda tidak mahu, anda boleh mengubah tumpuan anda kembali dengan melihat kembali senarai tadi.

Ada juga, bila kita lakukan latihan ini secara tidak sedar, kita menemui dan mendapati bahawa setiap benda- benda material seperti yang kita mahukan itu, bukanlah seperti yang kita betul-betul kehendaki. Akhirnya ruang dan jelas(clarity) itulah benda yang paling cantik sekali.

3. Hapuskan perkataan: Jangan(don’t), tidak(not), tak(no)(can’t)

Perkataan seperti jangan, anti, ataupun tidak membuatkan kita lebih tumpuan kepada hal dan perkara-perkara yang kita tidak mahu. Bahasa adalah sesuatu yang sangat berkuasa dan mampu mempengaruhi pemikiran kita tanpa disedari, dan lebih- lebih lagi perasaan kita. Jika anda terasa anda menggunakan perkataan ni, lihat bagaimana anda boleh menggantikannya dengan perkataan lain dengan maksud yang berlawanan. Contohnya: daripada berkata “saya tak sukakan peperangan”, kan lagi elok berkata “saya sukakan keamanan”.

4. Cari cahaya (Nur)

Kegelapan hanya boleh dilenyapkan dengan adanya cahaya. Samala juga, perkara yang negatif hanya boleh digantikan dengan perkara yang positif. Ingatlah setiap kali bila kita menyesal terhadap sesuatu yang berlaku dan macamana buruk sekalipun keadaan yang terjadi, sentiasa ada di sudut hati kita yang bercakap tentang hikmah dan melihat terhadap kesan positif yang tinggal.

Saya tahu memang sukar untuk kita menilai sesuatu yang baik itu dalam keadaan emosi yang tidak menentu, tapi saya juga sangat percaya, pasti ada sesuatu yang kita pelajari dari setiap apa juga situasi yang berlaku. Carilah panduan dan pengajaran. Cari sesuatu dari kejadian yang berlaku. Carilah cahaya supaya anda dapat menerokai kegelapan dalam pemikiran anda.

5. Mengalah (surrender)

Mengalah pada ego anda yang selalu inginkan anda betu, slahkan orang lain, pentingkan diri sendiri dan mengalahlah pada dendam. Mengalahlah pada keadaan. Mengalah boleh menjadikan kita lebih rasional dalam apa juga situasi.

Sedarlah. Nilai tanggapan anda dan belajar bagaimana memisahkan tanggapan anda dari identiti diri sendiri. Diri kamu bukan pemikiran kamu.

Setiap perkara akan tetap berlaku tanpa menghiraukan samaada anda sedang beremosi ataupun tidak. Percayalah pada kewjudan pencipta kita, Allah S.W.T akan sentiasa membantu orang yang tenang dan sabar. Dengan tidak mahu mengalah kita berusaha untuk sesuatu yang sia-sia dan hasilnya hanya akan menyiksa badan kita.

6. Cari teman

Bila kita berada dalam keadaan yang murung, adalah mudah untuk kita terjerumus ke dalam perasaan yang tidak elok. Ini tidak akan membantu jika kita berada dalam persekitaran yang turut mengeluh isu yang sama.

Jadi, carilah kelompok teman- teman yang mempunyai pandangan positif. Bila kita berada dlam kelompok ini, mereka akan menyedarkan kita dari apa yang kita telah lupa selama ini, kita mula mengenali apa itu baik dan positif. Bila kita dalam keadaan murung kita boleh menyerap tenaga dari mereka untuk mengejutkan kesedaran kita kembali di bawah pengaruh masalah yang berlaku.

7. Latihan bersyukur

Cari tempat yang tenang, bawa bersama buku dan pen anda. Senaraikan(sedetail yang mungkin) setiap apa juga yang anda bersyukur dalam hidup anda, samaada pada masa lepas, atau masa depan, samaada pengalaman, hubungan, persahabatan, peluang, ataupun tentang material possessions. Penuhkan seluruh kertas, dan gunakan sebanyak mungkin kertas selagi ada benda yang anda ingin berterima kasih. Pastikan ia datang dari hati dan tubuh anda.

Mudahkn? Latihan ini mampu mengubah keadaan pemikiran kita kepada sesuatu yang lebih luas dari sebelumnya. Ini juga membantu kita menemui kebenaran dan mengingatkan kita terlalu banyak benda yang perlu kita syukuri selama ini.

Tidak kiralah bagaimana teruk sesuatu itu berlaku, selalunya pasti ada benda yang perlu kita syukuri. Latihan ini juga lebih berkesan jika kita bertafakur(meditation) dalam 5-10 minit, pejam mata dan ingati(visualizing) semua yang telah kamu senaraikan.

8. Bertafakur (meditation)

Ini adalah latihan minda, untuk menenangkan ruang hati kita, mengurangkan tahap tanggapan kita, mengembalikan kita dalam keadaan yang neutral dan yang paling penting ia membantu kita untuk berada di tahap sedar.

Hiraukan apa juga yang berlaku diluar, kita ada kapasiti untuk berada ditengah-tengah, berada dalam keadaan menerima, aman, tenang dan penuh kasih sayang(love). Bila kita berada di tahap ini, kita adalah rasional dan jelas setiap apa yang berlaku dan apa juga yang kita akan lakukan.

9. Bernafas

Ramai dari kita yang selalunya bernafas secara singkat. Latihan bernafas secara dalam membantu kita mendapat oksigen yang lebih untuk otak dan seluruh badan kita. Dudukla atau berdiri dalam keadaan paling selesa. Kosongkan fikiran anda dan mula dengan bernafas melalui hidung dan hembus melalui mulut. Rasai udara yang masuk dan keluar dari dalam paru- paru anda. Selalulah bernafas seperti ini jika anda rasa tidak selesa atau ada sesuatu yang menganggu fikiran anda.

10. Ketawa

Kita tidak boleh ketawa dan murung dalam masa yang sama. Bila kita lakukan pergerakan fizikal yang memerlukan kita untuk ketawa ataupun senyum, secara tidak langsung kita terasa ringan dan riang.

Cubalah sekarang: berikan saya senyuman kamu yang paling cantik sekali. Senyuman yang besar dan asli ^._,^. Apa yang kamu rasa? Kamu rasa riang? Adakah anda rasa boleh lupakan masalah anda seketika?

Senaraikan siri filem yang boleh membuatkan kamu ketawa dan selalulah simpankanya di rumah. Atau bertemulah dengan kawan- kawan yang mampu membuatkan anda ketawa. Jika sesekali anda dapat ketawa sehingga sakit perut, malam itu pasti anda akan dapat tidur dengan lena tanpa terpengaruh dengan apa juga masalah yang berlaku.

11. Memaafi

Saya faham, idea untuk memaafkan seseorang yang menjadi musuh kita seperti tidak logik. Tapi percayalah, semakin lama anda menyimpan dendam itu, selama itulah emosi anda akan terus sakit.

Menyimpan dendam terhadap seseorang ni umpama meminum racun dan mengharapkan orang lain akan mati.

12. Gelang getah

Pakaila gelang getah di tangan anda selalu. Setiap kali anda rasa negatif dan ingin marah tarik getah tadi, jentik tangan anda, mungkin sakit sedikit, tapi ia sebenarnya melatih fikiran kita untuk mengelakkan fikiran yang tidak baik ini. Kesakitan tu satu motivator yang betul- betul menakjubkan.

13. Kenal pasti punca

Duduk dan kenal pasti apa sebenarnya yang menjadi punca untuk kita tertarik kepada emosi yang negatif? Mungkin akan datang perkataan “cerai”, atau nama seseorang atau juga nama- nama restoran dan pantai yang tertentu.

Yakinkan diri anda untuk lupakan semua punca ni dari hidup anda. Kalau kita tahu sesuatu yang pasti akan menyakitkan hati kita, kenapa kita perlu mengingatinya?

14. Analisa pendapatan

Kenal pasti apa yang kamu dapat dengan merasa marah. Setelah kamu reda dari marah, senaraikanlah apa yang baik telah kamu perolehi dari kesan marah tadi. Kesan menyakitkan hati orang lain dan meras kesakitan bukanlah kesan yang boleh dikira baik.

Latihan ini membantu kita lebih peka, rasional dan jelas terhadap sesuatu situasi yang berlaku.

15. Tengok betul- betul, selesaikan.

Seelok-eloknya, janganlah anggap sesuatu itu semata-mata untuk “kemenangan” dan “merasa diri betul”, ini adalah tidak sihat untuk melibatkan semua orang.

Bukan kerana kita mengalah, kita memilih untuk pasif duduk diam dan membiarkan orang memijak kita.

Bertindak akan membantu anda untuk ke tahap seterusnya dan lebih dekat setapak dengan penyelesaian. Jadila proaktif dan seorang yang berfikir. Semakin cepat anda menyelesaikan masalah itu, semakin cepatlah untuk anda bebaskn diri anda.

Saya bukanlah seorang pakar motivasi atau kaunseling. Ini hanyalah sedikit perkongsian ilmu yang saya ada dalam kajian saya. Alhamdulillah akhirnya ia dapat di selesaikan, harapan saya agar kita faham bahawa marah itu bukanlah satu keprluan dalam hidup ini. Kerana marah kita banyak kehilangan sesuatu, beringatlah selagi kita masih memilikinya. Bersyukur. Terima Kasih Allah. Semoga semua ini memberi manfaat. Amin. Radin.