Thursday, April 29, 2010

"Laputa"


Tersebut sebuah kisah yang pernah diceritakan turun temurun dari mulut ke mulut, dari anak sampaila ke cicit. Pada zaman dahulu telah berlaku satu banjir besar, masa itu air naik lebih tinggi daripada semua gunung yang terdapat di permukaan bumi ini. Maka banjir itu telah memusnahkan segalanya yang ada di permukaan. Ini mengakibatkn permukaan bumi ini menjadi satu lautan yang luas dan tidak lagi mempunyai daratan.

Di dalam cerita ini tersebutlah akan sebuah lagenda daratan yang terapung- apung di atas awan. Al-kisah ini bermula bila bumi ini sudah tidak lagi berada dalam aturan yang sempurna. Tarikan graviti dunia ini sudah berubah dan semakin susah dijelaskan oleh teori sains dan matematik. Semasa bencana besar itu berlaku terdapat beberapa buah daratan yang masih wujud dan kini terapung- apung di atas awan. Dalam cerita ini rupanya masih ada manusia dan hidupan lain yang terselamat di atas pulau- pulau itu. Kini mereka hidup dengan dunia yang baru yang masih lagi penuh misteri dan mistik yang perlu diselesaikan.

Mungkin ini hanya sebuah dongeng di tempat ku, tapi cerita ini juga dikongsi bersama oleh Jonathan Swift yang telah menulis sebuah buku bertajuk “Gulliver's Travels”. Buku ini menceritakan sebuah kerajaan yang terbina diatas sebuah daratan di atas awan. Penduduknya terdiri dari para bijak pandai dalam pelbagai bidang, tapi sayang mereka semua hanyalah hamba dan tidak mampu menyebarkan ilmu- ilmu itu. Menurut buku ini pulau ajaib ini bernama “Laputa”.

No comments:

Post a Comment