Setiap saat otak manusia bertindak balas terhadap maklumat yang terdapat di sekelilingnya. Maklumat atau informasi ini memebentuk ataupun membina setiap tanggapan yang akan kita buat. Bermula dari informasi rupa, bentuk, simbol ataupun lambang, ini masing-masing menjana atau menyumbang kepada pelbagai kemungkinan terhadap tanggapan atau penetapan makna sesebuah imej ataupun produk visual. Dalam zaman Teknologi Maklumat (Information Age) ini setiap hari kita di sumbat dengan pelbagai-bagai maklumat dan informasi mengenai apa sahaja, samaada mediumnye visual mahupun audio. Ini berupaya mengelirukan tanggapan kita atau penetapan yang akan dibuat. Fenomena ini dikenali sebagai ilusi, ia tercetus dari kecelaruan atau pertembungan maklumat dan informasi dalam menilai sesuatu. Contohnya dengan membaca sesuatu berita dari surat khabar dan mendengarnya di radio dan kemudian melihatnya di televisyen ia memberi kita maklumat yang sama tapi melalui penerimaan yang berbeza. Pernah kah kita bertanya, apabila kita menceritakan berita itu semula ia selalunya bermula dengan andaian atau kemungkinan sedangkan ia tidak ada dalam maklumat sebenar berita tersebut?
Dalam sedar atau tidak maklumat dan segala informasi yang diterima seminit yang lepas hanya akan tinggal memori pada saat ini (Now). Mengambil perkataan memori ini membawa kita kepada istilah pengalaman iaitu sesuatu yang kita pernah melaluinya, mengalaminya, dan merasa dengan deria seorang manusia. Saya percaya bahawa cara kita melihat mempengaruhi apa yang kita tahu kerana ada memori terhadapnya dan ia turut mempengaruhi kepercayaan kita.
Saya percaya bahawa melihat adalah satu pilihan bagi setiap individu. Dengan itu memori dan ilusi berkerja semasa kita memilih untuk melihat dengan cara kita sendiri.
No comments:
Post a Comment